Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Ditulis pada .

    
  
Lima Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Pada 15 September lalu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Dewan Konvensyen, Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu. Seramai lima orang kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Mereka adalah Ng Phei Jin (Unit Korporat dan Acara), YM Engku Azly bin Engku Dalam (Unit Pembangunan Pelancongan), Faeda Nadia binti Mohd Zaki (Unit Pembangunan Pelancongan), Shahida Aisyah binti Shahbudin (Unit Pembangunan Produk) dan Mohd Afiffy bin Zukifli (Unit Kebudayaan).
Turut diadakan pada majlis tersebut iaitu Majlis Sambutan Hari Lahir untuk kakitangan yang lahir pada bulan Jun, Julai dan Ogos. Turut hadir meraikan majlis, Pengarah JPNT, Yang Berusaha Encik Fadli Yusof bin Zakaria.
 

KUNJUNG HORMAT DARIPADA LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI (LADA)

Ditulis pada .

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) seramai 34 orang pada 11 Ogos 2022. Kunjungan ini diketuai oleh Ybrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Dalam sesi pertemuan yang diadakan di Jabatan Pelancongan Negeri, selain membincangkan mengenai senario semasa sektor pelancongan negara amnya dan negeri terbabit khususnya, perkara lain yang turut diberi tumpuan utama adalah perancangan promosi secara strategik yang boleh digerakkan bersama antara Tourism Terengganu dan LADA dalam usaha merancakkan lagi industri pelancongan negeri.
Rombongan LADA juga turut meluangkan masa berkunjung ke Kampung Budaya Terengganu (KBT) yang bertempat di Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Di KBT, rombongan dibawa penerangan mengenai rumah-rumah tradisional serta demonstrasi menggoreng keropok lekor menggunakan pasir sungai. Semoga dengan kunjungan ini dapat membuka kepada lebih banyak peluang kerjasama dalam memartabatkan lagi sektor pelancongan negeri.

KUNJUNGAN HORMAT KE TOURISM MELAKA

Ditulis pada .

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu melalui Unit kebudayaan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri Melaka (Tourism Melaka) pada 21 Julai 2022. Kunjung hormat yang diketuai oleh Penolong Pengarah Unit Kebudayaan, Puan Siti Zaharah binti Zahari ini bertujuan bagi mempromosikan Kampung Budaya Terengganu (KBT) serta untuk mengintai peluang kolaborasi kebudayaan di Negeri Melaka. Rombongan seramai 40 orang staf termasuk artis budaya, pemuzik dan staf KBT disambut oleh Puan Norhayati, PR Manager Tourism Melaka.