Kuala Terengganu - Bandaraya Warisan Pesisir Air

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU – BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu terletak di muara Sungai Terengganu pernah pada suatu masa dahulu menjadi pelabuhan utama kepada pedagang dan pelayar dari seluruh pelusuk dunia. Sebagai bandaraya warisan pesisir air sedang membangun, Kuala Terengganu bakal menjadi pusat tumpuan pelancong dan koridor kepada pelabur. Bandaraya ini dilimpahi pelbagai produk dan tarikan yang menawarkan keunikan tradisi warisan tempatan, budaya yang kaya dan keindahan alam semulajadi serta keramahan masyarakatnya menjadikan ia destinasi yang unik. 

 


 

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

  • Kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara dengan kawasan seluar 27 hektar 
  • Mempunyai 10 galeri utama (Galeri DiRaja, Galeri Tekstil, Galeri Kraftangan, Galeri Petroleum, Galeri Sejarah, Galeri Senjata, Galeri Sumber Alam, Galeri Pelayaran dan Perdagangan serta Galeri Perikanan dan Taman Laut.)
  • Mempamerkan Batu Bersurat Asal Terengganu di pintu masuk utama Muzium Terengganu.
  • Istana tradisional Terengganu yang asal digubah dan dibina semula di kawasan muzium.

 

 


 

TAMAN TAMADUN ISLAM

  • Taman Tamadun Islam adalah taman tema hiburan pendidikan berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.
  • Mempunyai 22 buah replika monumen dan masjid terkenal dari seluruh dunia dan juga replika kincir air tradisional.
  • Terdapat kedai cenderahati, restoran dan dewan konvensyen untuk kemudahan pengunjung.
  • Masjid Kristal yang ikonik
  • Menyediakan makan malam di atas bot Cruise, menyusuri pulau-pulau dan sungai Terengganu