Majlis Pelancaran "Calendar Of Events (COE) 2022" Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu
Majlis Pelancaran "Calendar Of Events (COE) 2022" Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman pada 23 Januari lalu di Primula Beach Hotel, Terengganu. Turut hadir sama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Encik Fadli Yusof Zakaria dan Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Terengganu, Pn. Zanariah Zakaria.
Terdapat 22 acara utama bakal mewarnai kalendar pelancongan Terengganu tahun ini. Semoga acara pelancongan yang diadakan ini dapat menjadikan Terengganu destinasi terpenting bagi kedatangan pelancong khususnya pelancong tempatan dan semoga pelancong-pelancong luar negeri juga datang berkunjung memeriahkan acara tahun ini.