Makanan
KEPELBAGAIAN MASAKAN TRADISIONAL TERENGGANU
-
Masakan di Negeri Terengganu kelihatan tidak begitu menonjol. Hanya yang diperkatakan orang adalah keindahan pulau-pulau dan tasiknya. Pelancong selalunya melangkaui destinasi-destinasi di daratan, hanya berminat kepada tarikan pantai dan pulau. Namun mereka sebenarnya terlepas peluang merasai keenakan masakan dan makanan tradisional di Negeri Terengganu ini.
-
Kepelbagaian jenis masakan dan makanan tradisional yang boleh diperolehi dengan mudah. Masakan Terengganu terkenal dengan bahan-bahan segar dari laut, penggunaan rempah ratus yang pelbagai, rasa yang unik dan sudah semestinya penggunaan santan kelapa.
- Interaksi sejak berzaman melalui perdagangan dan penerokaan dengan jiran-jiran serantau telah membawa bersama gabungan budaya yang pelbagai dan ini juga telah menghasilkan kelainan dan citarasa tersendiri di dalam masakan dan makanan di Negeri Terengganu
NASI DAGANG
- Nasi Dagang adalah hidangan yang istimewa di Terengganu.
- Masakan ini dimasak menggunakan campuran beras biasa dan pulut dan campuran santan kelapa dan rempah ratus. Ianya dimakan bersama kuah ikan tongkol dan acar bercuka campuran potongan mentimun, lobak dan lada hiris.
- Penyediaan yang nampak ringkas sebenarnya memerlukan kemahiran yang tinggi.
KEROPOK LEKOR
-
Keropok Lekor merupakan makanan popular di Negeri Terengganu, diperbuat daripada isi ikan yang diproses dengan tepung sagu dan garam.
-
Adunan ini digentel berbentuk sosej lebih kurang 15 - 25 sentimeter panjang dan direbus.
- Terdapat tiga jenis keropok iaitu keropok lekor rebus, keropok lekor goreng dan keropok keping.
-
Terdapat juga keropok lekor ikan parang kukus berwarna putih kaum Peranakan Cina yang hanya terdapat di Kampung Cina, Kuala Terengganu.Malah sos cilinya dengan campuran belacan dan lada adalah berlainan daripada sos berlada keropok lekor biasa.
-
Sememangnya perusahaan keropok lekor Terengganu sentiasa sahaja menerima kunjungan pelancong yang inginmembawa pulang keropok lekor dan keping ke negeri masing-masing.
KETUPAT SOTONG
- Satu lagi makanan popular yang terdapat di Negeri Terengganu.
-
Sotong diisi dengan pulut berkuahkan santan kelapa yang dicampurkan dengan ramuan seperti hirisan halia, halba, bawang merah dan sedikit garam dan gula secukup rasa.
-
biasanya disematkan dengan lidi untuk mengelakkan isi pulutnya terkeluar.
-
Walaupun kuah santan dicampur dengan manisan gula melaka di daerah Besut, namun di daerah lain masih mengekalkan rasa yang asli.
LAKSAM TERENGGANU
-
Masakan ini diperbuat daripada pasta mee beras atau gandum berbentuk pasta tebal yang digulung dan dipotong.
-
Ianya hanya dimakan bersama kuah putih inti ikan. Sama dengan laksa, campuran ulamulaman adalah satu kemestian dalam membangkitkan lagi rasa yang mengandungi hirisan kacang panjang, taugeh dan mentimun.
-
Lada giling, belacan dan garam ditambah mengikut citarasa masing-masing.

SATA
-
Sata diperbuat daripada adunan isi ikan dengan campuran bawang merah dan halia, digaul pula dengan santan dibungkus di dalam daun pisang berbentuk kon dan dicucuk pada batang buluh dan seterusnya dipanggang di atas dapur arang.
LOMPAT TIKAM
-
Nama lompat dan tikam tidak membawa apa-apa kaitan dengan makanan pencuci mulut kegemaran ramai ini.
-
Tepung beras digunakan untuk menghasilkan lapisan pertama dan kedua dengan ditambah perasa daun pandan bagi memberi warnakehijauan.
-
Air manisan gula melaka ditambah menghasilkan rasa lemak manis yang seimbang.
JALA EMAS
-
Sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi ianya disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak dan dihidang.

ROJAK KATEH
-
Merupakan antara makanan tradisional yang terkenal di Terengganu. Ia diambil daripada urat keting lembu / kerbau yang direbus selama beberapa jam dan ianya dipotong kepada bahagian-bahagian kecil sebelum dimasak bersama air cuka berlada.

BRONOK SAGU
-
Kuih daripada sagu dan gula dan diselaputi dengan kelapa parut.
-
Terdapat dalam dua perasa, sama ada manis biasa atau manis gula melaka