Majlis Sembang Santai Aidilfitri Pelancongan Negeri Terengganu

Pada 7 Februari lalu, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Lembaga Pelancongan Sabah atau Sabah Tourism Board (STB) diketuai oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri, Yang Berusaha En. Fadli Yusof bin Zakaria. Dalam pertemuan tersebut, delegasi dari Jabatan Pelancongan Negeri turut diberi taklimat mengenai industri pelancongan Sabah oleh Ketua Pegawai Kewangan SBT, Y.Brs En.Julinus @ Jeffry bin Jimit. Beliau turut berkongsi mengenai pelan tindakan Pembangunan Pelancongan Sabah Maju Jaya 2021-2025, selain turut memberi penjelasan lengkap berhubung program pembangunan pelancongan yang berasaskan komuniti atau dikenali sebagai CoBT di Sabah.
Delegasi lawatan pembelajaran Tourism Terengganu ke Sabah adalah bertujuan untuk meneruskan menjalin kerjasama erat dalam usaha memantapkan lagi sinergi pelancongan antara kedua-dua negeri. Untuk rekod, pembangunan pelancongan CoBT di Sabah yang bermula pada 2014 dibawah segmentasi pelancongan luar bandar telah berjaya meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti terbabit melalui rekod pulangan pendapatan seperti di dua CoBT popular iaitu Kiulu Tourism Assiciation (RM5.45 juta) dan Kadamaian Tourism Association (RM2.57 juta).