JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU SERTAI MIT PAHANG 2024
KUANTAN- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) menyertai Ekspo Pelancongan Antarabangsa Malaysia Pahang 2024 (MIT Pahang 2024) yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis.
Sebanyak 200 penggiat industri pelancongan dari 11 negara mengambil bahagian sebagai pempamer, termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, China, New Zealand, Korea, Rusia, Kenya dan Taiwan.
MIT Pahang dianjurkan bertujuan menyediakan platform bussiness to business (B2B) bagi pemain industri pelancongan dari Asia Tenggara dan seluruh dunia untuk berhubung serta memupuk kerjasama. Ekspo ini juga bertujuan menawarkan seminar dan bengkel kepada pemain industri bagi berkongsi pandangan dan pengetahuan terkini, di samping mewujudkan persekitaran konduksif bagi memudahkan transaksi perniagaan antara peserta pameran dan pembeli.
Turut hadir dalam program ini ialah Penolong Pengarah (Kebudayaan), Mohd Izzat Bukhori bin Awang.