Majlis Pelancaran Video Travelog 20 Pakej 3H2M Beautiful Terengganu Malaysia
Selamat Datang, En. Fadli Yusof Bin Haji Zakaria, Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Marang ke Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Tahniah diatas pelantikan baru sebagai PENGARAH di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berkuatkuasa pada 1 Julai 2021.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah menerima kunjungan dari YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia selama 4 hari pada 7 hingga 10 April 2021 lalu. Tujuan lawatan kerja YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ke Negeri Terengganu adalah untuk mengadakan lawatan ke produk-produk pelancongan Negeri Terengganu serta program Jerayawara Dasar Pelancongan Negera (Terengganu, Pahang dan Kelantan).