JPNT KUNJUNG HORMAT KE TOURISM MALAYSIA, PUTRAJAYA

Ditulis pada .


PUTRAJAYA - Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) yang diketuai oleh Pengarah jabatan itu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Yang Berbahagia Datuk Manoharan Periasamy, di ibu Pejabat Tourism Malaysia,Putrajaya, hari ini.

Kunjungan hormat yang turut disertai oleh Pengurus Besar Kampung Budaya Terengganu, (KBT) Ahmad Fathi bin Abd Ghani, serta pegawai-pegawai JPNT, diadakan bertujuan membincangkan inisiatif dan kolaborasi pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia (VM) 2026.

A group of people posing for a photoDescription automatically generated

Pada masa yang sama, kunjungan ini juga bertujuan untuk menyelaraskan program dan produk pelancongan negeri yang boleh dipromosikan bersama melalui platform Tourism Malaysia.

Dalam kunjungan itu, pihak delegasi JPNT dan kempen yang boleh dilaksanakan bersama, termasuk strategik pemasaran dan promosi yang berkesan untuk menarik pelancong domestik dan antarabangsa.

A group of people standing together holding certificatesDescription automatically generated

 

JPNT ANJUR BENGKEL KERANGKA HALA TUJU KENYIR GEOPARK

Ditulis pada .

 

 

KUALA NERUS- Seramai 27 peserta berjaya menamatkan Bengkel Kerangka Hala Tuju Pembangunan Kenyir Geopark di Kuala Terengganu Golf Resort, Tok Jembal, di sini hari ini.

Bengkel anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) itu diadakan selama tiga hari, bermula 1 Disember.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah JPNT, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, pada hari pertama program.

A group of people posing for a photoDescription automatically generated

 

 

 

           

 

                                               

Antara objektif bengkel itu adalah untuk memahami perancangan semasa, mendapatkan pandangan pakar mengenai potensi dan cabaran, serta membangunkan kerangka hala tuju berkaitan Kenyir Geopark.

A group of people standing together holding certificatesDescription automatically generated

 

 

KPT 2024 SASAR KEHADIRAN LEBIH 100,000 PENGUNJUNG

Ditulis pada .

 
 
 
KUALA NERUS - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan semua Pejabat Daerah di negeri ini meneruskan kesinambungan penganjuran Karnival Pantai Terengganu (KPT) 2024 yang diadakan dari 17 hingga 20 Oktober 2024.
 
Turut dianjurkan dengan kejasama Syarikat White Event adalah Karnival Makanan, yang berlangsung selama enam hari bermula 17 hingga 23 Oktober. Kedua-dua program itu diadakan di lokasi yang sama iaitu di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus.
 
KPT 2024 dijadikan sebagai 'One Stop Centre' yang menghimpunkan pelbagai keunikan elemen kesenian, kebudayaan dan warisan daerah-daerah untuk ditonjolkan kepada pengunjung dan pelancong bagi merasai sendiri aktiviti gaya hidup masyarakat Melayu dahulu berkonsepkan 'Muzium Hidup".
 
Kira-kira 100,000 pengunjung tempatan dan luar Terengganu disasarkan bakal membanjiri karnival yang dijalankan selama empat hari empat malam itu.
 
Acara ini bertujuan untuk mempromosikan sektor pelancongan Terengganu melalui seni, budaya dan warisan serta membantu meningkatkan kedatangan pelancong, sekaligus menjana pendapatan.
 
 
Kelainan KPT 2024 kali ini adalah kreativiti setiap peserta, yang terdiri daripada semua Pejabat Daerah, perlu menghias bangsal masing-masing dengan bahan semula jadi seperti pelepah kelapa, daun nipah, kayu dan buluh untuk menutupi kanopi yang disediakan. Ini menggambarkan elemen budaya dan warisan Terengganu.
 
 
KPT 2024 dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris.
 
Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Ab Rasid bin Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman.