MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) PEMINJAMAN ALAT MUZIK GAMELAN MELAYU ANTARA JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Peminjaman Alat Muzik Gamelan Melayu di Tingkat 18, Wisma Darul Iman.

Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja dan Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Wan Zuraidi bin Che Wan Zaid.

A group of people standing together holding certificatesDescription automatically generated

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Ab Rasid Jusoh dan isteri YBM Tengku, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman dan YBhg. To' Puan Seri Hajah Nor Zaini Abd Latiff merangkap Pengerusi PUSPANITA.

Sekolah yang terlibat dengan pinjaman alatan gamelan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Ibok, Kemaman: SK Gong Pasir, Dungun; SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu dan SK Kubang Ikan, Kuala Terengganu.

Pemilihan sekolah tersebut mewakili empat daerah di negeri ini sebelum dikembangkan kepada empat daerah lain selepas ini.

Tempoh masa pinjaman ditetapkan kepada dua tahun atau bergantung kepada keperluan sekolah yang terlibat sebelum dipindahkan kepada sekolah terpilih lain.

A group of people posing for a photoDescription automatically generated

 

 

 

 

 

 

FESTIVAL KRAF PANTAI TIMUR (FKPT) PAMER PELBAGAI AKTIVITI MENARIK

Ditulis pada .

 

KEMAMAN : Pelbagai aktiviti disediakan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) buat pengunjung pada Festival Kraf Pantai Timur (FKPT) 2024 yand diadakan di Kemaman Arena Square, Padang Astaka Chukai, Kemaman baru-baru ini.

Antaranya, Jualan dan Demonstarasi Kraf, Pameran ‘Ini Kraf Malaysia ‘ Pameran Seni Bina Kayu, Aktiviti Pengembangan Ilmu, Pameran Mycraftshoppe (MCS), Pameran Institut Kraf Negara, Demonstarasi ‘Ngecik Api’ dan Jualan Makanan Tradisional.

FKTP 2024 FKT memfokuskan lima bidang utama dalam bidang tekstil, hasil rimba, tanah, logam dan aneka kraftangan.

Pihak penganjur mempelbagaikan bidang supaya ia dapat memberi peluang kepada usahawan mempromosi hasil kraf mereka.

Hadir merasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Dr. Yasmeen binti Yasim.

Turut hadir, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk ‘Ainu Sham binti Haji Ramli dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman.

 

 

 

 

 

 

 

 

Jabatan Pelancongan Rai Peserta Konvoi Motosikal Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha

Ditulis pada .

 

A group of people painting on a tableDescription automatically generated

 

 

 

 

 

 

KUALA TERENGGANU : Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan dan Khidmat Pengurusan) Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Encik Mohd Fadhli bin Jusoh hadir mewakili pengarah menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Motosikal “ Jelajah Semenanjung Dewi Yamaha” di Noor Arfa Craft Complex (NACC), Chendering, di sini pagi semalam.

Program bermula 17 Ogos 2024 hingga 24 Ogos 2024 itu anjuran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).

Disertai 11 Dewi Yamaha (Penunggang Wanita) akan memulakan perjalanan dari Taman Negara Johor, Tanjung Piai dan mengelilingi Semenanjung Malaysia sejauh 2,100 km dengan beberapa hentian di tempat-tempat menarik sekitar Malaysia.

 

A group of women sitting around a tableDescription automatically generated

Salah satu hentian termasuklah NACC Batik Pavillion. Aktiviti dijalankan ketika singgah di NACC adalah mencanting batik bersama 50 pelajar dari Sekolah Banggol Peradong, Kuala Terengganu.