SIDANG MEDIA PROMOSI PELITER@KSNT 2025

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, YB Datuk Razali bin Idris mengadakan sidang media berkaitan Pelita Raya Terengganu 2025 (Peliter @ KSNT 2025) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, baru-baru ini

Sidang media itu dihadiri sama oleh Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, YB Sulaiman bin Sulong dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman.

Hadir membuat liputan seramai 15 pengamal media perdana dan media sosial dari pelbagai agensi, di antaranya  Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), New Straits Times Press (NSTP), Utusan Malaysia, Harakah, Discovery Terengganu dan Amazing Terengganu.

Peliter @ KSNT 2025 akan diadakan di Perkarangan Tasik, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus bermula 13 hingga 16 Februari ini.

 

Program anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) itu akan melibatkan 8 daerah dan 11 agensi serta badan berkanun.

PeliTer @ KSNT yang bertemakan Membudayakan Khazanah Warisan Kita pada tahun ini, akan turut melibatkan penyertaan dari SUK Kelantan dan SUK Perlis dan juga dari luar negara seperti Thailand, Bangladesh, Myanmar dan Indonesia  selain Dewan Perniagaan India Negeri Terengganu, Dewan Perniagaan Cina Negeri Terengganu dan Komuniti Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu

 

HOTEL RAIA PREVIEW 150 MENU RAMADHAN

Ditulis pada .

 

KUALA NERUS- Lebih 150 menu Ramadhan akan disajikan oleh Hotel Raia & Convention Centre Terengganu dari 2 hingga 30 Mac 2025 dalam Preview Bufet Ramadhan 2025 bertemakan ‘Selera Ganu Kite’ di hotel itu semalam.

Semua menu itu akan ditawarkan kepada orang ramai dengan harga RM85.00 di mana pembeli awal ( early bird pada 1 hingga 28 Februari 2025)  akan ditawarkan dengan harga RM68.00/seorang serendah manakala Set Talam (2 orang) juga disediakan dengan harga bermula RM50.00 seorang pada bulan Ramadhan nanti.

Antara menunya adalah nasi arab kambing, kibas panggang, gulai kawah (kambing, daging dan ayam), sup tulang, murtabak, roti john, mee, meehoon dan pelabagai jenis air balang. 

Lebih 50 tetamu hadir termasuk Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Pengurus Besar Kampung Budaya Terengganu, Encik Ahmad Fathil bin Abd Ghani, Pengarah MOTAC Terengganu, Puan Mazshida binti Ruslal dan penggiat media perdana dan sosial hadir selain Encik Mohamed Mokhtar bin Latif, Pengurus Besar Raia Hotel & Covention Centre.

Maskot Awang Nelang dan Mek Ara juga sama-sama memeriahkan majlis preview tersebut,

 

PENGARAH JPNT RAI DUA KUNJUNGAN HORMAT

Ditulis pada .

KUALA TERENGGANU- Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman hari ini meluangkan masa menerima dua kunjungan hormat di jabatan itu kelmarin.

Delegasi itu adalah dari Persatuan Golf Terengganu (PGT) dan syarikat pengambaran filem, More Entertaiment Sdn Bhd.

A group of people posing for a photoDescription automatically generated

Kehadiran PGT bagi membincangkan kertas cadangan penganjuran, termasuk potensi dan penambahbaikan penganjuran acara Beautiful Terengganu International Golf Challenge 2025.

 

Pada masa sama, perbincangan juga menjurus kepada penambahan dana penganjuran melalui pelbagai sumber seperti Geran Sokongan  Sektor Pelancongan (GSSP) dan Geran Padanan Sukan (GPS).

 

Hadir sama Presiden PGT, Dato’ Haji Mohd Khairudin bin A Rahman dam Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan dan Khidmat Pengurusan), Mohd Fadli bin Jusoh.

More Entertainment yang diwakili oleh Encik Jin Ong, Produser Eksekutif/Pengarah Filem Abang Adik yang mana filem tersebut telah dicalonkan sebagai Best Film di New York Asian Film Festival (22nd Uncaged Competition) dan juga memenangi Golden Mulberry, Black Dragon Critics' Award, and White Mulberry Award for Best Feature Film at the 25th Far East Film Festival di Udine, Italy telah bercadang untuk berkolaborasi dengan JPNT.

Tuan Pengarah mengalu-alukan pemilihan Negeri Terengganu sebagai tempat penggambaran pada bulan Mei nanti dan seterusnya akan mempromosikan lagi produk pelancongan negeri Terengganu dengan adanya pasukan penggambaran yang hebat dari More Entertainment