Nature

Ditulis pada .

ALAM SEMULAJADI

Terengganu adalah ibarat muzium alam semulajadi yang mengagumkan, keunikan ekosistem berbeza dengan flora dan fauna yang eksotik era purba di mana hutan hijau terbentuk bersama deruan air terjun dan lanskap kehijauan yang mengalir ke pesisiran pantai dan keindahan pulau-pulau bak permata di kebiruan laut.
 
Tiada yang lebih menyeronokkan selain dari meluangkan masa dengan beriadah dikelilingi kehijauan alam semulajadi, menyelami warna-warni kelestarian alam yang menonjol di destinasi ini dalam mewarnai keceriaan hidup ini.
 

HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN CHEMERONG

  • Air Terjun Chemerong setinggi 305 meter ini adalah air terjun menegak paling tinggi di Malaysia yang terletak 100 km ke selatan dari Kuala Terengganu dan hanya 30 km dari bandar Al-Muktafi Billah Shah di daerah Dungun.
  • Melalui aktiviti redahan di alam semulajadi yang menghijau menuju ke lokasi tadahan air terjun, pengunjung boleh merasai ketenangan dan kedinginan air.
  • Kepada yang meminati cabaran pendakian, Gunung Berembun memberikan pengalaman pendakian yang menerujakan.
 


 
HUTAN REKREASI DAN AIR TERJUN LATA TEMBAKAH
  • Hutan Rekreasi dan Air Terjun Lata Tembakah terletak 118 km ke utara Kuala Terengganu atau 25 km dari bandar Jertih di daerah Besut.
  • Cabaran mendaki hingga ke tingkat ketujuh air terjun menjanjikan pemandangan yang menerujakan.
  • Ruang parkir kenderaan, gerai makanan, laluan pejalan kaki, laluan redah hutan, wakaf rehat dan tapak perkhemahan adalah antara kemudahan yang disediakan.
  • Lokasi ini sentiasa dikunjungi pada setiap hujung minggu dan cuti umum.

 

Description: NA027