TABUNG AMANAH PEMULIHARAAN PENYU TERENGGANU BERJAYA KUMPUL RM80,000

Ditulis pada .

 

KEMAMAN- Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja hadir pada Majlis Sambutan Jubli Perak Santuari Penyu Ma'Daerah di Kemaman baru-baru in.

Pada majlis tersebut, Tengku Seri Bijaya memberitahu Tabung Amanah Pemuliharaan Penyu Terengganu kini berjaya mengumpul RM80,000 hasil daripada sumbangan pelbagai pihak.

Usaha ini telah memperlihatkan impak positif apabila data menunjukkan sarang penyu tertinggi telah direkodkan pada tahun 2023 iaitu sebanyak 10,130 sarang.

Dalam majlis berkenaan, tabung amanah itu turut menerima sumbangan sebanyak RM77,000 daripada pihak swasta, persatuan dan organisasi melalui kempen penggalakan 'Terengganu Turtle Tourism'.

Acara puncak yang diadakan ialah pelepasan penyu yang dilengkapi Satellite Telemetry bersama 250 anak penyu ke perairan Terengganu.

A group of people posing for a photoDescription automatically generated

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pegawai Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Perikan Malaysia Terengganu, Encik Ruzaidi Mamat dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur Mohammad Ahmad Shazly Ramli.

A group of people standing together holding certificatesDescription automatically generated

 

 

 

KAPAS MARANG SWIMATHON 2024 TARIK 400 PESERTA

Ditulis pada .

MARANG- Penganjuran Kapas Marang Swimathon (KMS) 2024 yang bermula di Pulau Kapas sehingga ke Pantai Kelulut, di sini, semalam menarik minat 400 peserta tempatan termasuk peserta antarabangsa dari 17 negara,

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, berkata antara negara yang terlibat adalah Thailand, Singapore, Philippines, Italy, United Kingdom, Australia, Poland, Hungary, France, South Africa, India, Taiwan, Indonesia, Germany, Hong Kong dan Netherland.

Katanya, dianggarkan seramai 1,500 penyokong kepada perenang antarabangsa dikalangan terdiri rakan-rakan dan ahli keluarga yang turut datang bersama perenang.

“Pendekatan itu pastinya mampu mempopulorkan Terengganu khususnya Marang sebagai salah satu destinasi pelancongan yang selamat bagi aktiviti dan penganjuran acara renang jarak jauh.

“Pada masa sama merancakkan industrti pelancongan berimpak tinggi bagi membantu sumber pendapatan dan ekonomi penduduk setempat, pengiat pelancongan seperti perhotelan, pengusaha bot, homestay, chalet, “ katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan di Pantai Kelulut, di sini semalam.

KMS 2024 merupakan World Top 100 di bawah World Open Water Swimming Association Certified Event yang dianjurkan AMMJB Swimmer Enterprise & Kelab Renang AMMJB dengan kerjasama Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Acara ini merupakan salah satu acara dalam Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan (COE) Negeri Terengganu 2024.

 

TBW 2024 DIJANGKA TARIK HAMPIR 3,000 PESERTA

Ditulis pada .

 

30 APRIL2024

KUALA TERENGGANU- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, YB Datuk Razali bin Idris mengadakan sidang media berkaitan  penganjuran Terengganu Bike Week (TBW) 2024 di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, petang semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Ridzwan bin Abd Rahman dan Founder East Coast Motorcycle Club (ECMC), Tengku Sri Temenggong Raja Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Sultan Mahmud.

Dalam sidang media itu, Datuk Razali berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan East Coast Motorcycle (ECMC) akan meneruskan  TBW yang akan diadakan pada 28 hingga 30 Jun depan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Katanya, Hampir 3,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi termasuk peserta dari luar negara antaranya Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesa dijangka akan turut serta pada program kali ke 11 dan  berlangsung selama  tiga hari itu.

“Dengan adanya  penganjuran TBW (2024) pastinya mampu memberi impak positif kepada golongan peniaga, hotel-hotel dan  inap desa baik dari segi ekonomi  serta sumber lain.

“Pada masa sama mampu menarik sekurang-kurangnya 5,000 peminat dan pengunjung ke TBW 2024. Langkah itu secara tidak langsung membantu usaha kerajaan negeri mencapai sasaran mengunjung 4.5 pelancong pada tahun ini,” katanya.

\

Pelbagai aktiviti akan dirancang sepanjang program berlangsung, termasuk  gerai jualan daripada penaja dan vendor jualan berkaitan aksesori motorsikal,  pameran  motosikal berkuasa tinggi, motor klasik, skuter cantik, vespa dan juga auto show.

Aktiviti  lain pameran dari JPNT, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Ati Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rejimen 512 Askar Wataniah, Giat Mara dan Jabatan Kesihatan.