Majlis Penyampaian Anugerah World Excellence Tourism Awards

Ditulis pada .

 

 

 

Majlis Penyampaian Anugerah World Excellence Tourism Awards telah diadakan pada 15 Mac 2021 di Primula Beach Hotel. Majlis diadakan bersempena dengan Terengganu Drawbridge yang telah mendapat pengiktirafan tertinggi di persada dunia setelah meraih Anugerah Kecemerlangan Pelancongan kategori Ikon Baharu Malaysia Terbaik tahun 2020 (Best Malaysian Ikon). 

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin bin Deraman dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, En. Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim serta para penggiat industri perhotelan dalam negeri.

Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Kelab Sukan dan Kebajikan Tourism Terengganu (KSKTT)

Ditulis pada .

 

 

 

Majlis Pelantikan Ahli Jawatankuasa Baharu Kelab Sukan dan Kebajikan Tourism Terengganu (KSKTT) pada 23 Februari 2021 di Bangunan Marina, Duyong Marina & Resort. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Pengarah Jabatan, En. Huzairil Nizam dan seterusnya pelantikan dan pemilihan ahli jawatankuasa kelab.

Semoga dengan pelantikan baru ini dapat merancakkan lagi aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan untuk kebaikan bersama dan mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kelab dan staf Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu). Semoga dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh amanah dan integriti.

Majlis Meraikan Pertukaran Kakitangan Jabatan

Ditulis pada .

Majlis Hi-Tea dan Meraikan Pertukaran Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu pada 24 Disember 2020 di Primula Beach Hotel. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Pengarah Jabatan, En. Huzairil Nizam dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang bertukar.
Seramai 12 orang kakitangan yang bertukar termasuk Mantan Pengarah, En. Ab. Rasid Bin Jusoh yang ditukarkan ke Terengganu Football Club (TFC) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Tahniah diucapkan dan terima kasih diatas perkhidmatan dan sumbangan kerja selama berada di jabatan ini. Semoga makin terus maju jaya di tempat baru.