Kunjungan Hormat ke RTM

Ditulis pada .

 

 

Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu ke RTM bagi membincangkan berkenaan promosi pelancongan di Negeri Terengganu.

Terima kasih kepada Ketua Pengarah RTM, YBrs. Puan Nor Yahati Awang kerana sudi menerima kunjungan dari pihak jabatan untuk berkongsi pendapat isu pelancongan di Negeri Terengganu khususnya.

Kunjungan Hormat Majlis Perbandaran Kemaman

Ditulis pada .

 

Lawatan Kunjungan Hormat dari Majlis Perbandaran Kemaman ke Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu pada hari ini 9 Januari 2020.

Terima kasih kepada Yang Dipertua Daerah Kemaman, Encik Jusman Ibrahim kerana sudi berkunjung ke jabatan kami untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan produk-produk pelancongan yang terdapat di Negeri Terengganu khususnya daerah Kemaman.

Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2020

Ditulis pada .

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) turut menawarkan pelbagai program/aktiviti menarik sepanjang tahun 2020 ini. Terdapat 26 program utama yang telah dimuat naik dalam Kalendar Aktiviti Pelancongan 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyasarkan untuk mencapai kehadiran lima juta pelancong dengan mengetengahkan beberapa aspek kekuatan negeri.

Antara barisan team Media Sosial Negeri Terengganu yang turut menjayakan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2020. Terima kasih kepada semua team kerana sentiasa bersama kami bekerjasama dalam menyokong, berkongsi maklumat dan mempromosikan Negeri Terengganu sekaligus menaikkan nama negeri seantero dunia.