Majlis Temu Ramah Tourism Networking Session East Coast

Ditulis pada .

 

 

Majlis Temu Ramah bersempena dengan program ‘PATA Malaysia Chapter (PMC) Inter-State Tourism Networking Session East Coast‘ yang diadakan pada 13 Oktober 2019 di Primula Beach Hotel.

Turut hadir bersama meraikan majlis ini iaitu YB Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu bersama Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg, Datuk Musa Hj Yusof.

Hari Bertemu Pelanggan Sempena "Tourism Talk"

Ditulis pada .

  

 

Hari Bertemu Pelanggan Beautiful Terengganu Malaysia sempena "Tourism Talk" telah diadakan pada 1 Julai 2019 bertempat di Dewan Rafflesia, D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan respon yang diperolehi oleh pakar-pakar pelancongan demi meningkatkan industri pelancongan di Negeri Terengganu. 

Terima kasih buat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, En. Ariffin Deraman di atas kesudian merasmikan majlis ini. Turut hadir bersama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ab Rasid bin Jusoh serta wakil-wakil Tourism Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan pelancongan.

Perbincangan PELAN STRATEGIK JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU

Ditulis pada .

 

Sesi Perbincangan PELAN STRATEGIK Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang diadakan pada 24 - 25 FEB 2019 bertempat di Space Talk 1, Bangunan TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Semoga industri pelancongan negeri terengganu terus menjadi salah satu sumber pemangkin ekonomi di Negeri Terengganu.