
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) telah berjaya merangkul dua anugerah di Malaysia Tourism Council Gold Awards 2019.
"Terengganu Iconic Drawbridge" telah memenangi Anugerah Utama Kategori 'Best New Tourism Icon' yang disampaikan oleh Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, yang mewakili Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu, Program Candat Sotong yang merupakan aktiviti utama pelancongan Negeri Terengganu juga telah meraih Anugerah 'Most Popular Tourism Activity' ketika malam Anugerah Majlis Pelancongan Malaysia 2019 yang diadakan di sebuah hotel Palace of The Golden Horses, Selangor pada 25 Oktober lalu
Anugerah ini membuktikan usaha-usaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui Tourism Terengganu dengan kerjasama TI Properties dan pemain pelancongan dalam mempromosikan Drawbridge sebagai mercu tanda utama pelancongan negeri telah berhasil. Tahniah juga kepada Mimpi Perhentian Resort Sdn Bhd yang telah memenangi Anugerah 'Best Island Resort' dan juga Summer Bay Lang Tengah Beach Resort yang berjaya memenangi Anugerah 'Most Popular Beach Resort'.