MAJLIS BERBUKA PUASA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA PENGGIAT PELANCONGAN
Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Terengganu bersama Jawatankuasa Portfolio Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri serta Penggiat2 Pelancongan di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu pada 24hb Mei 2018 (Khamis). Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, YB. Ariffin Deraman. Ribuan terima kasih kepada para jemputan, ketua jabatan, anak-anak yatim, para penggiat pelancongan yang sudi hadir bersama untuk berbuka puasa. Semoga kita semua dapat mengeratkan lagi ukhuwah silaturahim antara satu sama lain.
Menurut YAB Menteri Besar Terengganu berkata, sektor pelancongan di Negeri Terengganu mencatat satu kejayaan apabila diiktiraf sebagai Destinasi Mesra Muslim dengan kata lain menjadikan Negeri Terengganu sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa.