Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017
Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017
Bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2017 yang akan bermula pada Jumaat ini, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal bin Tun Abduk Razak berkata, pertandingan pada tahun ini dijangka mampu menarik penyertaan sehingga 400 peserta yang melibatkan empat buah daerah di Terengganu. Katanya kampung yang terlibat ialah kampung Sekati, Kuala Terengganu; Kampung Air Putih, Kemaman; Kampung Beris Lampu, Besut dan Kampung Padang Hangus, Kuala Nerus.
.
Dalam satu sidang media semalam, beliau berkata pertandingan yang bertemakan Warna-Warni Pelita Raya Beautiful Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM42,000 dan pemenang tempat pertama bakal menerima RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Jelasnya kebanyakan pelita tersebut diperbuat daripada bahan terbuang dan bahan semula jadi sebelum membentuk replika mahupun monumen mengikut kreativiti tersendiri.
Lawatan Familiarization Perwakilan Asing Ke Terengganu