Majlis Pelancaran Pelekat Kenderaan “BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA”

Ditulis pada .

 

Majlis Pelancaran Pelekat "Beautiful Terengganu, Malaysia" dan "Mari Sokmo" kepada kenderaan jabatan dan teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (Airport) berjaya diadakan bersempena dengan meraikan tahun baru 2018 ke Negeri Terengganu. Tujuan pelekat baru “Beautiful Terenganu Malaysia” adalah sebagai tarikan kepada pelancong luar dan juga pengusaha pelancongan yang turut membantu mempromosikan aset pelancongan Negeri Terengganu. Majlis disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman pada 1 Jan 2018 (hari ini).

YAB Menteri Besar berkata, "penggiat pelancongan, pengayuh beca, pengusaha bot penambang dan pemandu teksi serta pemandu bas henti-henti adalah golongan yang paling rapat dengan pelancong". Semoga sektor pelancongan negeri dapat meningkatkan pendapatan secara terus kepada rakyat terutamanya penggiat pelancongan.

Majlis Bantuan Insentif Kepada Pengayuh Beca Dan Bot Penambang

Ditulis pada .

Majlis Bantuan Insentif kepada Pengayuh Beca dan Bot Penambang telah diadakan pada 1 Jan 2018 (hari ini) bersempena dengan Sambutan Menyambut Kedatangan Pelancong Tahun 2018 di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Selain sambutan di daerah Kuala Nerus, sambutan tahun baru 2018 turut diadakan di sempadan daerah Besut yang dirasmikan oleh Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Manakala di daerah Kemaman dirasmikan oleh Y.B. Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Timbalan Pengerusi I Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Bagi meraikan Majlis Bantuan Insentif yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. Turut hadir bersama merasmikan majlis, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Abdul Rahman Yahya, Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Azmi Razik dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tengku Farouk Hussin Tengku Abd. Jalil. Menurut YAB Menteri Besar berkata, “melalui pembentangan Bajet 2018 baru-baru ini kerajaan negeri bersetuju untuk meneruskan bantuan insentif kepada golongan berkenaan sebanyak RM200 sebulan dan seramai 67 orang  pengayuh beca dan pengusaha bot penambang menerima bantuan sebanyak RM600 setiap seorang bagi insentif sepanjang tiga bulan lalu”.

 

Majlis Penyerahan Watikah Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP)

Ditulis pada .

 

Majlis Penyerahan Watikah penempatan siswazah bagi Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP) oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman, Menteri Besar Terengganu kepada peserta seramai 250 yang terpilih. Majlis penyerahan juga majlis perasmian TGTP pada 1 November 2017 lalu turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak di TH Hotel, Kuala Terengganu.  

Tahniah diucapkan kepada graduan seramai 25 orang yang terpilih mengikuti latihan dalam bidang pelancongan di bawah Program Transformasi Siswazah Terengganu (TGTP). Semoga dengan peluang pekerjaan yang diberikan ini dapat memberi pendedahan suasana kerja yang sebenar serta diberi sedikit ilmu pengetahuan termasuk mengenali produk-produk pelancongan dan berpengalaman mengikuti program-program luar yang dianjurkan oleh jabatan ini.