Kuala Terengganu - Bandaraya Warisan Pesisir Air
Page 2 of 3
PASAR PAYANG
- Terletak di tepi muara Sungai Terengganu, ianya merupakan pasar basah dan kering utama tumpuan masyarakat pelbagai bangsa dan budaya.
- Pasar Payang menawarkan pelbagai barangan keperluan harian, cenderamata, makanan, pelbagai produk segar dari laut, daging, ayam, sayuran, rempah ratus, buah - buahan dan lain-lain barangan keperluan dapur.
- Ruangan atas menawarkan barangan cenderahati seperti songket, batik, produk kraftangan, barangan tembaga, baju lelaki dan wanita, kuih muih tradisional serta lain - lain barangan keperluan harian.
- Terdapat juga medan selera yang menawarkan makanan sarapan pagi yang pelbagai.
- Salah satu daripada pasaran yang paling popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong ke Terengganu
- Pertukangan Tangan, Brasswares, Batik, Songket, kraftangan, cenderamata adalah antara barangan yang dijual di pasaran
NOOR ARFA CRAFT COMPLEX
- Kompleks Batik terbesar di Malaysia
- Demontrasi songket tenunan
- Demontrasi cetakan batik dari pencanting batik
- Bilik pameran Batik dan Sutera Terengganu