Nature
Page 2 of 4
TAMAN PERTANIAN DAN AIR TERJUN SEKAYU
-
Taman Rekreasi dan Air Terjun Sekayu terletak 15 km dari bandar Kuala Berang dan hanya 45 minit perjalanan dari Kuala Terengganu.
-
Terdapat tujuh tingkat air terjun dengan trek laluan kepada pengunjung yang ingin bersantai di hujung minggu.
-
Pelbagai kemudahan disediakan antaranya termasuk wakaf rehat, tapak perkhemahan, gerai-gerai makanan dan ruang parkir kenderaan.
-
Tarikan terkini adalah Taman Pertanian Sekayu seluas 85 ekar yang mempunyai kebun buahan tropika, restoran, kolam renang, zoo mini dan taman permainan kanakkanak
AIR TERJUN LASIR
-
Air Terjun Lasir, yang terletak 16 km dari Pengkalan Gawi, adalah antara destinasi beriadah yang popular di Tasik Kenyir.
-
Dengan ketinggian air terjun dari 500 kaki, terdapat jambatan gantung melalui bungkah-bungkah batu yang menghasilkan deruan air yang memutih.
-
Di kelilingi pula dengan hutan hujan tropika menjadikan ia kawasan teduhan yang nyaman.