Jelajah Beautiful Terengganu 2017
Jelajah Beautiful Terengganu 2017
Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari (4 - 6 Ogos 2017) di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang kini memasuki siri keempat sejak ia diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian di Terengganu. Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.
Program ini memberi peluang kepada masyarakat di Koridor Utara Semananjung untuk melihat, merasai, mengalami dan menikmati sendiri keunikkan produk, destinasi pelancongan dan menonjolkan juga kekuatan seni, budaya dan warisan yang terdapat di Negeri Terengganu. Selain dari itu persembahan kebudayaan juga dibawa untuk tontonan seperti tarian Ulik Mayang, Rodat, Gamelan, lagu – lagu tradisional dan tarian – tarian daerah yang terdapat di negeri Terengganu.
Pengunjung juga boleh membeli produk usahawan makanan terbaik dan unik yang dibawa seperti keropok lekor, Nasi Dagang, rempah ratus masakan Terengganu, makanan frozen (Kayu Keramat dan karipap ikan), aneka kuih muih, kek, kerepek dan juga minuman.