Lawatan Familiarisation MATTA Domestik Trip ke Terengganu

Ditulis pada .

 

Lawatan Familiarisation MATTA Domestik Trip ke Terengganu

Lawatan Familiarization Domestik MATTA ke Terengganu, inisiatif Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia khususnya kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengenali produk-produk pelancongan domestik dan destinasi tempat-tempat menarik. Negeri Terengganu telah dipilih kerana khazanah alam, seni, budaya dan warisan yang unik.
Kumpulan itu dibawa ke Tasik kenyir di mana mereka mengalami rawatan "spa ikan" di Santuari Kelah dan mandi dengan gajah di Kampung Konservasi Gajah Kenyir. Kumpulan ini juga diberi peluang untuk mempelajari seni muzik tradisional Gamelan di Warisan Sari, Laman Santai Gamelan. Selain itu, mereka juga turut dibawa mengenali Masjid Kristal sambil menaiki bot River Cruise di Taman Tamadun Islam.