Pulau dan Pantai
Page 4 of 4
PANTAI BUKIT KELUANG, BESUT
- Singkapan yang berbatu dan mempunyai gua kecil memberi Pantai Bukit Keluang satu kelebihan berbanding pantai yang lain di kawasan itu.
- Pelancong boleh meneroka pelbagai spesies haiwan kecil waktu malam di dalam gua tersebut.
- Laluan pejalan kaki yang dibina adalah untuk mendaki ke puncak bukit ini menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang terbuka, di mana Pulau Perhentian pula menyediakan latar belakang yang indah.
PANTAI KEMASIK
- Pantai Kemasik terletak di utara Bandar Chukai, Kemaman yang kelihatan mempesonakan dan menarik. Pantai ini adalah tempat yang baik untuk berjalan-jalan dan menikmati angin sempoi dari Laut China Selatan. Terdapat beberapa pembentukan batu yang unik di hujung pantai yang menyediakan latar belakang pemandangan yang indah.
PANTAI PANDAK, CHENDERING
-
Terletak lebih kurang 6 km ke selatan dari bandaraya Kuala Terengganu, Pantai Pandak merupakan salah satu pantai pilihan kepada pengunjung.
-
Pantainya yang berteluk dengan sebahagiannya berbatu-batan dengan deretan pohon-pohon kelapa memberikan suasana nyaman, sesuai untuk beriadah bersama rakan dan keluarga.
-
Terdapat juga beberapa warung makanan menjual air kelapa dan makanan laut segar.




PANTAI TELUK KETAPANG
-
Pantai Teluk Ketapang yang terletak di utara bandaraya Kuala Terengganu merupakan pantai tarikan pengunjung terutama di hujung minggu.
-
Kedudukannya berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan terdapat pula gerai-gerai makanan laut segar seperti ikan celup tepung, udang, sotong dan ketam serta kesegaran air kelapa menjadikan ia antara pantai yang semakin digemari ramai.




PANTAI BATU RAKIT
- Pantai Batu Rakit merupakan satu lagi pantai yang masih mengekalkan kecantikannya yang di kelilingi perkampungan nelayan dengan deretan bot-bot nelayan mewarnai pesisiran pantai.
-
Terletak lebih kurang 30 km ke utara bandaraya Kuala Terengganu.
-
Terdapat gerai-gerai makanan yang menyajikan makanan segar dari laut seperti keropok lekor, ikan, udang, sotong dan ketam celup tepung di samping merasai keenakan air kelapa.




PANTAI KUALA ABANG
-
Terletak 10 km ke utara dari bandar Dungun.
-
Apa yang menarik ialah terdapatnya formasi bungkah bungkah batu di pesisiran pantai ini.
-
Kawasan rehatnya juga menjadi kegemaran pemandu pemandu yang berhenti seketika menghilangkan rasa letih memandu sambil menikmati suasana nyaman dan segar.




PANTAI KELULUT
-
Terletak lebih kurang 8 km ke selatan dari bandar Marang.
-
Pantai Kelulut bukan sahaja lokasi riadah pilihan masyarakat tempatan, ia juga merupakan hentian kepada pemandu-pemandu yang menggunakan jalan pantai.
-
Selain deretan gerai-gerai makanan laut, masakan panas dan masakan barat, di sini juga merupakan lokasi pasar malam mingguan dan juga lokasi penganjuran acara tahunan Pekan Budaya Daerah yang menonjolkan pelbagai persembahan, sukaneka, pameran dan gerai jualan.




PANTAI AIR TAWAR
-
Pantai Air Tawar dinamakan sempena dengan kolam air tawar yang terdapat bersebelahan pesisir pantai.
-
Ianya sangat sesuai untuk dijadikan lokasi beriadah bersama rakan dan keluarga di hujung minggu.
-
Dengan kemudahan seperti ruang parkir kenderaan, wakaf rehat, tandas, surau dan gerai-gerai makanan segar dari laut, ditambah pula dengan airnya yang beralun kecil, pasti dapat memberi ketenangan yang diinginkan.



