Sambutan Hari Raya Aidilfitri KWDI 2012
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kelab Wisma Darul Iman ( KWDI ) telah diadakan pada 29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal di Dewan Besar, Wisma Darul Iman. Di perkarangan U2, majlis telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said Menteri Besar Terengganu dan isteri To' Puan Norliza binti Mahmud, YB Dato' Haji Mazlan bin Ngah selaku Setiausaha Kerajaan Terengganu serta pegawai-pegawai Kerajaan.
YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said telah menyampaikan ucapan semperna sambutan Hari Raya kepada semua warga Wisma Darul Iman.Beliau dan isteri turut menyampaikan duit raya kepada pelajar-pelajar sekolah. Mereka terdiri daripada anak-anak yatim dan dikalangan orang miskin.
Penyampaian duit raya kepada pelajar-pelajar sekolah
Warga Wisma Darul Iman diwajibkan berpakaian lengkap baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung bagi wanita serta suasana diserikan lagi dengan alunan lagu-lagu raya yang dipersembahkan diatas pentas oleh penyanyi Sutra Terengganu. Kehadiran para jemputan yang terdiri daripada tetamu dikalangan ahli KWDI, kakitangan Wisma Negeri, jabatan-jabatan dan tetamu luar sekitar Kuala Terengganu turut memeriahkan lagi sambutan tersebut.
Beraneka juadah makanan disediakan antaranya sate, lemang, laksa, mee kari, mee jawa, soto, nasi minyak, nasi dagang, cendol dan buah-buahan.Pertandingan hiasan gerai telah diadakan dengan penyertaan semua kelab gabungan KWDI. Konsep hiasan hendaklah bertemakan Sambutan Hari Raya dan juadah makanan yang dihidangkan kepada para tetamu. Kelab Virus juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan hiasan tersebut.
Pihak kami mempamerkan hiasan ketupat-ketupat, ukiran buah-buahan dan pameran motosikal vespa antik dihadapan gerai Kelab virus.Kami menyediakan 3 jenis rojak iaitu rojak betik ,rojak buah dan rojak kateh. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Kelab Lebah yang bertemakan konsep taman buah-buahan.Walaupun kemenangan tidak berpihak oleh pihak kami, namun kerjasama dan usaha antara staf Upmn, pelajar praktikal amatlah dihargai serta cuba membaiki kelemahan untuk pertandingan akan datang.Majlis telah berakhir pada jam 2.00 petang.