Program Bescomm Tour Kali Pertama Tahun 2011

Ditulis pada .

Satu Program Bescomm Tour bersama rakyat telah telah diadakan pada 19 Februari 2011 bertempat di Pusat Bestari.Comm Dun Batu Rakit.

Program tersebut dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

 

Pelbagai aktiviti telah dijalankan melibatkan semua peringkat usia antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Mencipta Slide, Pertandingan T-Skor dan Pertandingan Menaip Cepat.

 


Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB  Tuan Haji Khazan bin Che Mat. Program tersebut telah bermula seawal jam 7.00 pagi dan telah tamat pada 1.00 tengahari. Program ini juga bertujuan memberikan pendedahan dan menerapkan budaya ICT kepada semua golongan di kawasan setempat.