Jelajah Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

Jelajah Beautiful Terengganu 2017

Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari (4 - 6 Ogos 2017) di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang kini memasuki siri keempat sejak ia diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian di Terengganu. Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi. 

Program ini memberi peluang kepada masyarakat di Koridor Utara Semananjung untuk melihat, merasai, mengalami dan menikmati sendiri keunikkan produk, destinasi pelancongan dan menonjolkan juga kekuatan seni, budaya dan warisan yang terdapat di Negeri Terengganu. Selain dari itu persembahan kebudayaan juga dibawa untuk tontonan seperti tarian Ulik Mayang, Rodat, Gamelan, lagu – lagu tradisional dan tarian – tarian daerah yang terdapat di negeri Terengganu.

Pengunjung juga boleh membeli produk usahawan makanan terbaik dan unik yang dibawa  seperti keropok lekor, Nasi Dagang, rempah ratus masakan Terengganu, makanan frozen (Kayu Keramat dan karipap ikan), aneka kuih muih, kek, kerepek dan juga minuman.

 
 

Lawatan Familiarisation MATTA Domestik Trip ke Terengganu

Ditulis pada .

 

Lawatan Familiarisation MATTA Domestik Trip ke Terengganu

Lawatan Familiarization Domestik MATTA ke Terengganu, inisiatif Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia khususnya kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengenali produk-produk pelancongan domestik dan destinasi tempat-tempat menarik. Negeri Terengganu telah dipilih kerana khazanah alam, seni, budaya dan warisan yang unik.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri, YAB Menteri Besar Terengganu bersama Penggiat-Penggiat Pelancongan Negeri Terengganu yang diadakan pada 11 Julai 2017 (Selasa) di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.
 
Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman diatas kesudian meluangkan masa menyambut hari raya bersama warga Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu semalam. Turut hadir bersama, Timbalan Pengerusi (II) Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, YB. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman bersama rombongan 3 buah bas dari Kuala Besut termasuk ahli Veteran UMNO Dun Kuala Besut, kakitangan ATRA DUN Kuala Besut dan rombongan anak-anak yatim Darul Akhyar.