Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2020

Ditulis pada .

Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) turut menawarkan pelbagai program/aktiviti menarik sepanjang tahun 2020 ini. Terdapat 26 program utama yang telah dimuat naik dalam Kalendar Aktiviti Pelancongan 2020. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyasarkan untuk mencapai kehadiran lima juta pelancong dengan mengetengahkan beberapa aspek kekuatan negeri.

Antara barisan team Media Sosial Negeri Terengganu yang turut menjayakan Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru 2020. Terima kasih kepada semua team kerana sentiasa bersama kami bekerjasama dalam menyokong, berkongsi maklumat dan mempromosikan Negeri Terengganu sekaligus menaikkan nama negeri seantero dunia.

 

Lawatan Kerja Bermaklumat

Ditulis pada .

   

Kunjungan hormat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu ke Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka yang bertempat di Restoran Melayu Melaka sempena Lawatan Kerja Bermaklumat. Terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka kerana sudi menerima kehadiran kami dan berkongsi berkenaan maklumat pelancongan di Negeri Melaka.

Majlis Nota Serah Tugas

Ditulis pada .

 

   

Majlis Nota Serah Tugas oleh En. Wan Mohd Firdaus Wan Sembak kepada YM Raja Faisal Raja Haron yang kini memegang jawatan Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat) yang baru. En. Wan Mohd Firdaus telah ditukarkan untuk bertugas sebagai Penolong Kanan, Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu. 

Majlis turut dihadiri oleh En. Khairul Azhan bin Mohd Yusof (bekas Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Pelancongan) sebagai penghargaan diatas perkhidmatan beliau di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. En. Khairul Azhan juga telah ditukarkan ke Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Terengganu sebagai Timbalan Pengarah Jabatan (Khidmat Pengurusan).

Terima kasih diatas perkhidmatan dan sumbangan kerja yang diberikan selama berkhidmat di jabatan ini. Semoga makin terus sukses dan maju di tempat baru.