Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

    

Bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2017 yang akan bermula pada Jumaat ini, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal bin Tun Abduk Razak berkata, pertandingan pada tahun ini dijangka mampu menarik penyertaan sehingga 400  peserta yang melibatkan empat buah daerah di Terengganu. Katanya kampung yang terlibat ialah kampung Sekati, Kuala Terengganu; Kampung Air Putih, Kemaman; Kampung Beris Lampu, Besut dan Kampung Padang Hangus, Kuala Nerus.

.      

Dalam satu sidang media semalam, beliau berkata pertandingan yang bertemakan Warna-Warni Pelita Raya Beautiful Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM42,000 dan pemenang tempat pertama bakal menerima RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Jelasnya kebanyakan pelita tersebut diperbuat daripada bahan terbuang dan bahan semula jadi sebelum membentuk replika mahupun monumen mengikut kreativiti tersendiri.

Lawatan Familiarization Perwakilan Asing Ke Terengganu

Ditulis pada .

Lawatan Familiarization Perwakilan Asing Ke Terengganu

 

Program kunjungan seramai 18 duta sempena Lawatan Familiarisation Perwakilan Asing Ke Terengganu untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri dalam mempromosikan pelbagai lokasi pelancongan dan untuk menarik minat pelabur ke negeri ini.
   
Sepanjang program selama tiga hari (15 - 17 Mei 2017) itu, delegasi asing dibawa melawat ke tempat menarik, melihat pembuatan produk makanan dan barangan kraftangan di negeri ini.

Majlis Pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

 

Majlis Pelancaran Visit Beautiful Terengganu 2017 telah disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada jam 8.30 malam, hari Sabtu, 31 Disember 2016 yang lalu di Duyong Marina Resort.

Antara pengisian program di Duyong Marina Resort baru-baru ini adalah pertunjukan persembahan gimik Fly Board & Musical Light, Jet Ski Light, Laser Mapping & Hologram Water Screen serta pertunjukan bunga api. Pihak sekretariat Beautiful Terengganu Trail menjangkakan lebih 10 ribu pengunjung yang bakal hadir dalam karnival tersebut yang dilangsungkan selama tiga hari.