Lawatan Familiarisation MATTA Domestik Trip ke Terengganu

Ditulis pada .

 

Lawatan Familiarisation MATTA Domestik Trip ke Terengganu

Lawatan Familiarization Domestik MATTA ke Terengganu, inisiatif Persatuan Agen-agen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia khususnya kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mengenali produk-produk pelancongan domestik dan destinasi tempat-tempat menarik. Negeri Terengganu telah dipilih kerana khazanah alam, seni, budaya dan warisan yang unik.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Beautiful Terengganu 2017

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri, YAB Menteri Besar Terengganu bersama Penggiat-Penggiat Pelancongan Negeri Terengganu yang diadakan pada 11 Julai 2017 (Selasa) di Dewan Arena, Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.
 
Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif Bin Abd. Rahman diatas kesudian meluangkan masa menyambut hari raya bersama warga Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu semalam. Turut hadir bersama, Timbalan Pengerusi (II) Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, YB. Tengku Zaihan bin Che Ku Abd Rahman bersama rombongan 3 buah bas dari Kuala Besut termasuk ahli Veteran UMNO Dun Kuala Besut, kakitangan ATRA DUN Kuala Besut dan rombongan anak-anak yatim Darul Akhyar. 
   
 
 

Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

    

Bersempena Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2017 yang akan bermula pada Jumaat ini, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal bin Tun Abduk Razak berkata, pertandingan pada tahun ini dijangka mampu menarik penyertaan sehingga 400  peserta yang melibatkan empat buah daerah di Terengganu. Katanya kampung yang terlibat ialah kampung Sekati, Kuala Terengganu; Kampung Air Putih, Kemaman; Kampung Beris Lampu, Besut dan Kampung Padang Hangus, Kuala Nerus.

.      

Dalam satu sidang media semalam, beliau berkata pertandingan yang bertemakan Warna-Warni Pelita Raya Beautiful Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM42,000 dan pemenang tempat pertama bakal menerima RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Jelasnya kebanyakan pelita tersebut diperbuat daripada bahan terbuang dan bahan semula jadi sebelum membentuk replika mahupun monumen mengikut kreativiti tersendiri.