Majlis Menyambut Ketibaan Penerbangan AirAsia Berpaparan "BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA"
Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman kerana sudi menyempurnakan Majlis Sambutan Penerbangan AirAsia berpaparan “Beautiful Terengganu Malaysia” pada 10 Januari 2018 yang lalu. Turut hadir sama memeriahkan majlis, Pengarah AirAsia, Datuk Aziz Bakar dan selebriti terkenal Nor Neelofa Mohd Noor yang juga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, mengambil inisiatif dengan membuat kolaborasi bersama Air Asia dengan memaparkan imej Beautiful Terengganu di pesawat syarikat penerbangan tersebut untuk meningkatkan lagi potensi sektor pelancongan di negeri ini. Kolaberasi ini merupakan usaha berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam misi memajukan industri pelancongan Negeri Terengganu di seluruh dunia. YAB Menteri Besar berkata, “kerjasama dengan Air Asia ini juga bukan sahaja menonjolkan impak positif kepada promosi pelancongan negeri yang dilaksanakan secara inovatif dan kreatif tetapi turut membantu memeriahkan persada pelancongan negeri ini”.