Hari Bertemu Pelanggan Sempena "Tourism Talk"
Hari Bertemu Pelanggan Beautiful Terengganu Malaysia sempena "Tourism Talk" telah diadakan pada 1 Julai 2019 bertempat di Dewan Rafflesia, D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan respon yang diperolehi oleh pakar-pakar pelancongan demi meningkatkan industri pelancongan di Negeri Terengganu.
Terima kasih buat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, En. Ariffin Deraman di atas kesudian merasmikan majlis ini. Turut hadir bersama, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Ab Rasid bin Jusoh serta wakil-wakil Tourism Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan pelancongan.