Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang diadakan pada 12hb Julai 2018 (Khamis) bersamaan 28 Syawal 1439h di Tingkat 1, Banguna Marina, Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, YB Ariffin Deraman diatas kesudian meluangkan masa menyambut hari raya bersama warga Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. Turut hadir bersama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Wan Mohd Wan Ibrahim dan Timbalan Pengerusi (I) Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, YB. Sulaiman Sulong.