Majlis Meraikan Pertukaran Kakitangan Jabatan

Ditulis pada .

 

Majlis Hi-Tea dan Meraikan Pertukaran Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu pada 24 Disember 2020 di Primula Beach Hotel. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Pengarah Jabatan, En. Huzairil Nizam dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada kakitangan yang bertukar.
Seramai 12 orang kakitangan yang bertukar termasuk Mantan Pengarah, En. Ab. Rasid Bin Jusoh yang ditukarkan ke Terengganu Football Club (TFC) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Tahniah diucapkan dan terima kasih diatas perkhidmatan dan sumbangan kerja selama berada di jabatan ini. Semoga makin terus maju jaya di tempat baru.

Majlis Sambutan Pengarah Baru

Ditulis pada .

  

Majlis sambutan pengarah baru bersama kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bagi tahun 2020. Selamat Datang dan tahniah kepada Encik Mohd Huzairil Nizam Bin Ibrahim diatas pelantikan baru sebagai PENGARAH di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu. 

 

Lawatan Delegasi Tourism Selangor ke Terengganu

Ditulis pada .

 

Lawatan Delegasi Tourism Selangor ke Negeri Terengganu diketuai oleh Pengurus Besar Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Bin Mohamad. Terima Kasih Tourism Selangor kerana sudi berkunjung ke Negeri Terengganu termasuk berkunjung ke Kampung Budaya Terengganu, Terengganu Drawbridge dan Pasar Payang untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan produk-produk pelancongan di Negeri Terengganu.