Majlis Pelancaran Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu 2021-2025

Ditulis pada .

   

 

 

Majlis pelancaran Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu 2021-2025 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar bertempat di Dewan Besar Wisma Darul Iman pada 8 November lalu. Buku Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu 2021-2025 ini mencakupi lima teras, 23 strategi, 69 pelan tindakan dan 184 taktik yang ditetapkan sebagai hala tuju industri pelancongan Negeri Terengganu untuk tempoh lima tahun. Pelan ini dirangka bagi melestarikan pelancongan negeri secara menyeluruh dalam dimensi baharu industri pelancongan.

Turut hadir sama pada majlis tersebut, Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman, Yang Berhormat Dato' Haji Yahaya bin Ali (Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu), Yang Mulia Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Terengganu), Yang Berhormat Tuan Haji Zainal Abidin bin Mohamed (Pegawai Kewangan Negeri) dan Yang Berusaha En. Fadli Yusof bin Zakaria (Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri).