Majlis Penyampaian Anugerah World Excellence Tourism Awards

Ditulis pada .

 

 

 

 

Majlis Penyampaian Anugerah World Excellence Tourism Awards telah diadakan pada 15 Mac 2021 di Primula Beach Hotel. Majlis diadakan bersempena dengan Terengganu Drawbridge yang telah mendapat pengiktirafan tertinggi di persada dunia setelah meraih Anugerah Kecemerlangan Pelancongan kategori Ikon Baharu Malaysia Terbaik tahun 2020 (Best Malaysian Ikon). 

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin bin Deraman dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, En. Mohd Huzairil Nizam bin Ibrahim serta para penggiat industri perhotelan dalam negeri.