Majlis Meraikan Petugas Pavilion Beautiful Terengganu

Ditulis pada .

Majlis Hi-Tea telah diadakan pada 13 Mac 2018 (Selasa) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu bagi meraikan petugas-petugas Pavilion Beautiful Terengganu. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai para petugas yang telah terlibat dalam menjayakan Pavilion Beautiful Terengganu di Ekspo Terengganu baru-baru ini. Terima kasih diucapkan kepada semua penggiat pelancongan (tourism players), rakan-rakan media, pendemo produk Terengganu, mek kebaya, sahabat pelancongan (tourism friends), TGTP yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang 8 hari di Ekspo Terengganu 2018.