Majlis Pelancaran Sisipan Khas Beautiful Terengganu Malaysia

Ditulis pada .

 

Majlis Pelancaran Sisipan Khas Beautiful Terengganu bersama News Straits Times Press (NSTP) telah diadakan pada 25 Februari 2018 baru-baru ini. Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang mewakili YAB Menteri Besar di Dataran Shahbandar, Kompleks Sukan Negeri Terenganu bersempena dengan Ekspo Terengganu 2018. Turut hadir sama memeriahkan majlis, Ketua Pegawai Ekskutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid bersama dengan Ketua Pengarang NSTP, Datuk Yushaimi Maulud Yahaya.

Usaha Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bekerjasama dengan  NSTP adalah untuk mempromosikan aset pelancongan Negeri Terengganu menerusi akhbar keluaran khas “Beautiful Terengganu” untuk dihebahkan kepada orang ramai sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang menikmati keindahan dan keunikan negeri itu.

Menurut Ketua Pegawai Ekskutif NSTP berkata, akhbar NSTP sebagai satu ‘alat’ media massa berperanan dalam menghebahkan ‘Beautiful Terengganu’ melalui keluaran khas sebagai sisipan dalam akhbar harian selain berpotensi dengan aset pelancongan Terengganu yang setanding dengan negara luar perlu diuar-uarkan secara lebih meluas agar pelancong luar dapat melihat keindahan Terengganu secara lebih dekat sekali gus menghebahkan ke serata dunia mengenai keindahan negeri ini.