Sesi Pertemuan Santai “At Leisure With Tourism Terengganu”

Ditulis pada .

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sekali lagi menyertai ekspo pelancongan terbesar negara iaitu MATTA Travel Fair pada 8 – 10 September 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Bersempena dengan penyertaan Negeri Terengganu di ekspo pelancongan MATTA Travel Fair September 2017, satu sesi pertemuan santai telah di adakan pada 8hb September 2017 bertempat di Ballroom, Aras 2, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Sesi yang dinamakan “At Leisure With Tourism Terengganu” telah mempertemukan 27 agensi-agensi pelancongan di sekitar Lembah Kelang dengan 20 penggiat-penggiat pelancongan daripada Terengganu yang menyertai MATTA Travel Fair kali ini yang terdiri daripada wakil-wakil hotel, resort, agensi pelancongan, taman tema dan perkhidmatan pengangkutan pelancongan. Di dalam sesi “At Leisure with Tourism Terengganu” tersebut turut di adakan taklimat “The Sights and Sounds of Terengganu” dalam usaha memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan Negeri Terengganu kepada agensi-agensi pelancongan yang menyertai.

YM Tun Ahmad Faisal bin Tun Abd Razak, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berkata bersempena dengan penyertaan Negeri Terengganu di ekspo pelancongan MATTA Travel Fair September 2017, selain pasaran yang diperolehi secara terus oleh penggiat-penggiat pelancongan di Terengganu, agensi-agensi pelancongan yang di sekitar Lembah Kelang turut mempunyai pasaran yang mampu membantu menyediakan pakej-pakej pelancongan destinasi Terengganu yang inovatif.