Majlis Penghargaan Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Ditulis pada .

  

 

Tanggal 25 September 2017, Majlis Penghargaan Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah disambut di Dewan Banquet Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu. Terima Kasih diucapkan kepada Encik Puad bin Daud (Uncle Yad) yang berkhidmat sebagai Pegawai Kebudayaan dan juga Encik Razali bin Embong (Cikgu Joe) yang memegang jawatan sebagai Ahli Muzik (SUKTRA). Terima kasih diatas segala sumbangan perkhidmatan dan komitmen kalian selama bertugas di Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

 

 

Sesi Pertemuan Santai “At Leisure With Tourism Terengganu”

Ditulis pada .

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sekali lagi menyertai ekspo pelancongan terbesar negara iaitu MATTA Travel Fair pada 8 – 10 September 2017 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Bersempena dengan penyertaan Negeri Terengganu di ekspo pelancongan MATTA Travel Fair September 2017, satu sesi pertemuan santai telah di adakan pada 8hb September 2017 bertempat di Ballroom, Aras 2, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Sesi yang dinamakan “At Leisure With Tourism Terengganu” telah mempertemukan 27 agensi-agensi pelancongan di sekitar Lembah Kelang dengan 20 penggiat-penggiat pelancongan daripada Terengganu yang menyertai MATTA Travel Fair kali ini yang terdiri daripada wakil-wakil hotel, resort, agensi pelancongan, taman tema dan perkhidmatan pengangkutan pelancongan. Di dalam sesi “At Leisure with Tourism Terengganu” tersebut turut di adakan taklimat “The Sights and Sounds of Terengganu” dalam usaha memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan Negeri Terengganu kepada agensi-agensi pelancongan yang menyertai.

Jelajah Beautiful Terengganu 2017

Ditulis pada .

Jelajah Beautiful Terengganu 2017

Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari (4 - 6 Ogos 2017) di Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang kini memasuki siri keempat sejak ia diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian di Terengganu. Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.