Pulau dan Pantai

Ditulis pada .

PULAI DAN PANTAI

Terengganu terkenal sebagai destinasi eksotik dengan panorama yang indah lagi memikat hati pengunjung. Dengan keluasan pesisir air sepanjang 244 km dan berlatarbelakangkan gugusan kepulauan di Laut China Selatan, ia ibarat permata mewarnai lanskap alam semulajadinya. Pulau-pulau seperti Perhentian Besar dan Kecil, Lang Tengah, Redang, Bidong, Kapas, Gemia dan Tenggol dihiasi dengan hamparan pasir pantai yang memutih, kehijauan hutan dan kehidupan marin serta terumbu-terumbu karang dari pelbagai spesis warna dan jenis. Kedamaian dan ketenangan di pulau-pulau ini adalah faktor yang menarik minat pengunjung mencari keriangan di bawah cahaya matahari, beriadah di pantai dan mencari pengalaman mengembara dan meneroka di dasar laut untuk mencipta satu kelainan percutian tropika yang diidamkan.
 

 

PULAU PERHENTIAN

  • Terletak 21 km dari pesisir pantai Terengganu.
  • Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau yang dipanggil Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.
  • 2013 : Dipilih sebagai pulau yang ke-13 tercantik di dunia melalui kajiselidik yang telah dijalankan oleh CNN 
  • 2010 : Dipilih oleh The Lonely Planet Travel Book sebagai Pantai Bersantai yang ke-5 terbaik di dunia.
  • Mempunyai 45 resort di Pulau Perhentian yang menawarkan 1,376 bilik.
  • Aktiviti : Snorkeling, menyelam skuba, berkayak, permainan bola pantai dan jungle trekking.

    

    


 

PULAI LANG TENGAH

  • Pulau Lang Tengah terletak di antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
  • Pengunjung boleh menggunakan Jeti Pelancongan di Merang yang terletak di utara dari Kuala Terengganu dan perjalanan ke pulau mengambil masa 40 minit dengan bot laju.
  • Pulau Lang Tengah menjanjikan hujan tropika yang masih belum terusik dan masih mengekalkan ekosistem semulajadi.
  • Hanya terdapat 4 resort sahaja yang menawarkan 225 bilik.
  • Aktiviti : Snorkeling, selam skuba, berkayak dan jungle trekking.