Kata Aluan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Ditulis pada .

 

 

Salam Sejahtera dan Salam 1 Terengganu.


Selamat Datang ke laman web Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (tourism.terengganu.gov.my)


Perkembangan teknologi terkini membolehkan akses maklumat pantas. Kemudahan di hujung jari membolehkan media dalam talian dapat diaplikasikan bagi tujuan penyampaian maklumat dengan tepat dan cepat dan dapat diakses oleh sesiapa jua dan di mana jua.

Kredibiliti sesebuah organisasi dapat dibina melalui laman web dalam menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan, program-program yang telah, sedang dan bakal dilaksanakan. Malah akses maklumat berkaitan jabatan dapat diwujudkan untuk di buat rujukan oleh sesiapa sahaja termasuk pengunjung-pengunjung dalam dan luar negara.

Hasrat YAB Menteri Besar Terengganu untuk menjadikan Negeri Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan sebagai negeri PELANCONGAN yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisyen, rangkaian perkhidmatan pengangkutan yang mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan khazanah alam semulajadi, seni, budaya dan warisan yang mampu menggamit kehadiran pengunjung di samping akses kepada maklumat-maklumat pelancongan secara efisyen.

Dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk terus membangunkan dan memelihara produk-produk pelancongan dan kebudayaan secara kreatif dan proaktif demi kelestarian industri ini, penyaluran maklumat yang pantas, telus dan mudah adalah penting.

Akhir kata, saya berharap maklumat yang terkandung dalam laman web ini dapat dimanfaatkan bersama dan memberi pengetahuan berkenaan sektor pelancongan dan kebudayaan Negeri Terengganu. Saya telus untuk menerima sebarang cadangan, komen dan maklumbalas dalam memastikan sebarang permasalahan dapat diperbaiki dalam usaha melestarikan industri pelancongan dan kebudayaan negeri.


Terima kasih.